Sunday 16 February 2014

MINGGU 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur,News Letter dan Kad Pengumuman



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
a) Prosedur pengeditan

Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkah untuk pengeditan ialah: 
- Proses pengeditan menggunakan MyBrochureMaker - http://www.mybrochuremaker.com/

Langkah 1;
Langkah 2;
Langkah 3;
Langkah 4;
 
Langkah 5;
Langkah 6;


Langkah 7;


Prinsip Mengedit

Saturday 15 February 2014

MINGGU 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN


Pengenalan





Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. 

Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.





Kelebihan pengajaran secara atas talian

i. Dapat mengakses bahan dengan cepat

ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan






Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:

i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar

ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)  




Konsep
E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.

APAKAH ITU 'E-LEARNING’?
  • Definisi  'e-learning'  ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi  pendidikan.
  • Bagaimanapun secara umumnya,  'e-learning'  adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk  penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
  • Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously'  (pada waktu yang sama) ataupun  'asynchronously'  (pada waktu yang berbeza).
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
  • Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).
  • Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan  pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri -ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussiApakah itu 'e-learning’?
  • Definisi  'e-learning'  ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi  pendidikan.
  • Bagaimanapun secara umumnya,  'e-learning'  adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk  penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
  • Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously'  (pada waktu yang sama) ataupun  'asynchronously'  (pada waktu yang berbeza).
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
  • Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).
  • Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan  pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri -ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussion group' serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ('on-line').

KENAPAKAH 'E-LEARNING' PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA?
  1. 'E-learning'  membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan  lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
  2. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulanyang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
  3. E-learning'  yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
  4. Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan  isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.





Kelebihan Pengajaran Secara Atas Talian



Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:



1. Melaksanakan Simulasi Pengajaran Atas Talian


2. Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan


Tuesday 11 February 2014

MINGGU 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat 
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. 
  • Membina bahan 


 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat



PRINSIP-PRINSIP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT 




PROSES YANG TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT







Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran
menggunakan tapak pembelajaran




  • Pilih satu tapak pembelajaran dalam laman web yang sedia ada atau lawan web anda. Sebagai contoh pilih www.tutor.com.my.
  • Contoh aktiviti : Guru menggunakan tapak pembelajaran untuk mengajar Penulisan/karangan bahasa melayu kepada murid-murid.


LANGKAH-LANGKAH PENGAPLIKASIAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Image+33.png (471×340)

Image+34.png (462×331)


Image+35.png (463×274)


Image+36.png (463×550)

Membina bahan

Berdasarkan bahan yang telah diperoleh sebentar tadi, guru boleh menggunakan kreativiti guru untuk menentukan cara penyampaian yang lebih sesuai sama ada dibuat dalam bentuk teks biasa, menggunakan power point atau menggunakan formula. 



 PROSES PEMBINAAN BAHAN MENGGUNAKAN POWER POINT



 


Image+2.png (420×186)



Image+3.png (468×334)


Image+5.png (454×183)



Sunday 9 February 2014

Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • 1. PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  • 2.  (1) Pengenalan  (2) Manfaat  (3) Penggunaan ICT dalam P&P (i) pengajaran = guru mengguna ICT (ii) Aspek pembelajaran = murid mengguna ICT Skop Perbincangan
  • 3. Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ? Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran (1) PENGENALAN
  • 4.  Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.  Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.  Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. (2) MANFAAT Apakah Manfaat ICT dalam P&P? Sebagai contoh dalam pembelajaran Sains.
  • 5.  memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan.  meningkatkan motivasi murid.  membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). ✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
  • 6.  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.  Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.  Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.  meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
  • 7. ✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. ✓ meningkat kemahiran ICT.
  • 8. (2.1) Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT dalam P&P Sains, perkara berikut perlu diberi perhatian  Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.  Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran. (Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran)
  • 9. (3) PENGUNAAN ICT DALAM P&P Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek, ( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT), dan ( ii ) Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).
  • 10. (Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial (Unit 2) ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori) (Unit 3) ICT sebagai Alat Aplikasi (Unit 4) ICT sebagai Alat Komunikasi.  Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :
  • 11. (Unit 1) ICT SEBAGAI ALAT TUTORIAL
  • 12. ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?
  • 13. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :  pembelajaran ekspositori,  demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan  latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
  • 14. Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial
  • 15. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut: mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan / memberi latihan, dan menilai pencapaian
  • 16. Sebelum para guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:  Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.  Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
  • 17.  Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.  Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
  • 18. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:  Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)  Penggunaan secara berkumpulan atau individu.  Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.
  • 19. Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut: ✔Kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan kemampuan pembelajaran yang berbeza. (Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer). Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?
  • 20. ✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. ( Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.) ✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. (Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.) ✔ Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. (Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.)
  • 21. (Unit 2) ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN (EKSPLORATARI)
  • 22. ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk : Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? ✔ Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
  • 23. ✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. ✔ Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
  • 24. Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada;- Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan  pemikiran kritis,  penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time),  pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
  • 25.  Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.  Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.  Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang
  • 26. Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini? ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: * pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan. * pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
  • 27. * Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan. * Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
  • 28. Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. .
  • 29.  Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas  Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
  • 30. (Unit 3) ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
  • 31. Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?  ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai medium bagi membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. (Cth: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)
  • 32. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Aplikasi  Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan.
  • 33. Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi? Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang nyata(praktikal). Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
  • 34. (Unit 4 ) ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
  • 35. Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi? ICT dikatakan sebagai alat komunikasi apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik diantara dua pihak.
  • 36. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:  teks  grafik  audio  video  atau kombinasi pelbagai mod.


  • Artikel ini disalin dari : http://www.slideshare.net/SukieRpc/penggunaan-teknologi-by-sukie

    Saturday 8 February 2014

    MINGGU 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

    Pengenalan
    Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

    Sistem Perpautan
    Struktur Hierarki
    Struktur Komposit
    Struktur Linear
    Struktur Lingkaran

    Struktur Hierarki
    Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


    Struktur Komposit

    Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

    Struktur Linear
    Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


    Struktur Rangkaian

    Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

    Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan
    i. en.wikipedia.org/wiki/Malaysia

    MINGGU 5 : PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN

    Pengenalan
    Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.


    Kepentingan membina laman web

    Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
    i. Memaparkan idea
    • Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

    ii. Meningkatkan kebolehan diri
    • Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

    iii. Komunikasi maya
    • Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama

    iv. Berkongsi maklumat
    • Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


    Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
    Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

    I.Set Induksi
    II.Langkah 1
    III.Langkah 2
    IV.Langkah 3
    V.Penutup