14.1 Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
14.2 MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Langkah –langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut:
MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
CONTOH APLIKASI
· CD-ROM ini member kemudahan kepada pelajar dan guru dalam mengenali sajak khususnya pada sajak “Khatulistiwa”
2. BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data
ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan,
manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan
mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada
ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan
tindakbalas cahaya.
Jika
tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak
akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai
binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada
satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang
dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak
antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan
ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat
menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki
lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain,
membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa.
CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala
DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada
jenis format.
Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat
banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM
hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM.
CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini
bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali
rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula
membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera
yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh
memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format
DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan
pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain
untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD
|
Ciri-ciri
|
DVD-R
|
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
|
DVD+R
|
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-RAM
|
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
|
DVD-RW
|
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
|
DVD+RW
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-R/W
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
|
DVD+R/W
|
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
|
Cakera Optik
Cakera
padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh
cakera optik. Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak,
iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid
ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.
Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya
menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti
dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM
adalah kategori cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang
pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan
CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis
CD-ROM.
Cakera
optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat pada,
tetapi hanya sekali rakam sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK
bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke cakera optik WORM memerlukan pemacu
cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik WORM.
Cakera
optik boleh padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut.
Hanya, dengan teknologi yang ada pada hari ini, tempoh rakaman dan
capaian pada cakera keras optik boleh padam adalah lebih lama
berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan teknologi
laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan menghapus
data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada cakera keras, kerana ia lebih stabil dan tidak berlaku crash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical Disk) dan cakera padat boleh baca/tulis (CD-RW).
Semasa
proses merakam (tulis) data pada cakera optik, pancaran laser
berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya tersebut meleburkan
permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam susunan
yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula,
pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada
permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan
diterima sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan
diterima sebagai nilai 1.
- Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia.
- Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti :
a) Memenuhi Keperluan Pengguna
- Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan.
- Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.
- Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala.
- Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.
- Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan.
- Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.
d) Menghibur dan berinformasi
Tahap
ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala
sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan
bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian
multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam
bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain
dari itu perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar
maklumat yang hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.
- Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna.
- Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan jika dibandingkan dengan teks dan grafik.
No comments:
Post a Comment