Sunday 6 April 2014

MINGGU 15 :SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAT KINI DAN MENDATANG

DEFINISI SEMINAR

(séminar) perjumpaan untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pada tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ untuk membincangkan kedudukan kaum wanita; berseminar mengadakan seminar menghadiri (menyertai) seminar: janganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan; menseminarkan membahaskan sesuatu per-kara, isu, dan sebagainya dalam seminar, perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu.


Seminar
Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
i. Berguna kepada peserta yang terlibat

ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

iii. Menyediakan bahan dan keteranagan yang baru

Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti

ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya

iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer
i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer

ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

No comments:

Post a Comment